Image
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 3, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
admin_fppp@upnm.edu.my
img_0122.jpg

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Selamat datang ke Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan atau akronimnya dikenali sebagai FPPP. FPPP merupakan sebuah fakulti yang berteraskan kepada bidang sains sosial dengan bidang tujahan ‘Pertahanan dan Keselamatan’. FPPP memfokuskan kepada pengembangan akademik di dalam bidang pengajian pengurusan sumber manusia pertahanan, pengajian strategi dan hubungan antarabangsa, pengurusan pertahanan dan keselamatan, pertahanan Islam, logistik dan perniagaan bagi memenuhi keperluan persekitaran semasa dan industri.

Dalam merealisasi visi dan misi UPNM sebagai sebuah Universiti Primier dalam bidang pertahanan dan keselamatan, FPPP ditunjangi oleh bakat akademik dan modal insan yang pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai reputasi dan pengalaman industri yang relevan bagi memastikan produk yang dibentuk memperolehi potensi dan nilai kompeten sesuai mengikut selera  industri masa kini dan akan datang.

Disamping penekanan aspek dan nilai akademik, FPPP juga berusaha untuk memastikan penyelidikan yang dilaksanakan mampu memberikan impak yang tinggi dan mempunyai potensi pengkomersialan. Selari dengan harapan tersebut, kami akan terus memanfaatkan dan melatih bakat akademik dan pelajar untuk mencapai hasil yang disasarkan demi kelestarian inovasi dan penyelidikan.

Oleh itu, sama ada anda merupakan bakal pelajar, pelajar atau rakan industri yang berpotensi, anda merupakan elemen yang penting bagi kami untuk terus berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan. Dengan ini, kami mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan anda ke FPPP dan komited untuk memberikan yang terbaik demi kejayaan dan jaringan kerjasama masa hadapan.

“INSPIRING INTELECTUALISM”

“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”

Salam hormat,

LT KOL PROFESOR MADYA ARIFFIN BIN ISMAIL (BERSARA)
Dekan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

Image
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

Aras 3, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Hubungi Kami

Isnin - Jumaat
8:00am - 5:00pm
Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
admin_fppp@upnm.edu.my

Peta Lokasi